Islamic Widget

Sunday, February 26, 2006

KISAH BUMI DAN MANUSIA

Imam At-Tarmizi;
Suatu ketika Rasulullah masuk ke tempat solat di dalam mesjid. Ketika Rasulullah sampai, didapati beberapa orang sedang berseronok dan bergelak ketawa. Rasulullah bersabda;
"Kalau sekiranya kamu tahu apa yang aku tahu, sudah tentu kamu akan gelak sedikit, sebaliknya kamu akan menangis banyak."
Sambung Rasulullah lagi, "Sesungguhnya tiap-tiap hari kubur akan berkata, aku rumah yang pelik, aku rumah keseorangan, aku adalah rumah tanah dan aku adalah rumah ulat."
Seterusnya Rasulullah bersabda, "Sekiranya yang mati itu orang mukmin, kubur akan berkata, 'Selamat atas kamu, selamat datang. Sesungguhnya kamu adalah manusia yang paling aku suka yang berjalan dibelakangku. Tunggulah dan lihatlah nanti apa yang akan kuberikan kepadamu. Lalu allah memerintahkan kepada kubur supaya diluaskan kubur itu seluas mata memandang, serta Allah membukakan pintu syurga baginya. Tetapi jika yang dikebumikan itu hamba yang kufur kepada Allah, kubur akan berkata "Tiada selamat datang kepada kamu dan tidak selamat keatas kamu. Sesungguhnya kamu adalah manusia yang paling aku benci semasa kamu berjalan atas belakangku. Lihatlah apa yang akan kuberikan kepadamu nanti." Sebaik-baik sahaja mayat itu masuk kedalam kubur, Allah perintahkan kepada bumi supaya bumi menghimpitnya, sehingga berselisih tulang rusuk. Kemudian didatangkan oleh Allah 70 ekor ular besar, sekiranya seekor daripada ular-ular itu menghembuskan nafasnya ke atas muka bumi, maka tidak akan tumbuh pokok di atas dunia ini, lalu digigitnya mayat yang jahat itu, dicakar-cakar sehinggalah tiba hari hisab (hari kiamat)."
Sabda Rasulullah seterusnya, "Kadangkala kubur ini akan menjadi satu taman dari taman-taman syurga atau kadang-kadang kubur juga menjadi satu lubang dari lubang-lubang neraka."